Monday, November 16, 2009

KAJIAN KES 4:PEGAWAI SAINS PEMBINA BUDAYA,PENINGKATAN KUALITI BERTERUSAN

Pembentang: INTAN

Objektif:

      Pegawai Sains sebagai Pengurus Makmal berperanan memahami kepentingan membangunkan budaya Peningkatan Kualiti Berterusan dalam organisasi perkhidmatan sains bagi membangunkan makmal yang mampu memenuhi kepuasan pelanggan dan peningkatan produktiviti.

Sub tajuk:

      • Tanggung jawab individu dan organisasi untuk kualiti
      • Memahami kepentingan kualiti
      • Membudayakan kualiti kerja
      • Kepimpinan merubah budaya kerja
      • Pembangunan diri dan persekitaran
      • Penghargaan dan insentif
      • Berpasukan
      • Membangunkan strategi untuk meningkatkan kemahiran
      • Kursus dan Latihan
      • Kitaran Kualiti
      • Peningkatan Kualiti Berterusan
      • Mengenalpasti Penandaaras
      • Mengenalpasti keperluan dan hubungkait antara unit
      • Pendekatan organisasi antara Pengurusan dan Teknikal
      • Kawalan pembekalan dan penghasilan
      • Faedah membudayakan Pengurusan Kualiti
      • Peningkatan Produktiviti
      • Jaminan dan keyakinan terhadap perkhidmatan dan produk
      • Memenuhi kepuasan pelanggan

3 comments:

  1. Salam.. persidangan ini macam menarik. namun saya masih agak kabur, apakah objektif persidangan ini.. adakah untuk membentang case study..? atau sekadar berjumpa dan berkenalan sesama pegawai sains?

    tq..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Terima kasih kerana interested tentang PPSK09 ni. Persidangan ini adalah pembentangan case study. Ini disbbkan kita tak perlu bentang paper atau tulis dlm proceding. Kita adalah pegawai sains dan bukan peg. penyelidik. Objektif utama persidangan adalah mendedahkan isu yang berkaitan dengan skim perkhidmatan sains terutama laluan naik pangkat. Sebagaimana yang kita tahu agak sukar peg. sains IPTA naik pangkat tetapi tidak di JKM. Maka kita jemput mereka membentangkan strategi ini. Selain dari itu, semasa forum, kita akan terus bertanya kepada JPA dan MOSTI tentang skim perkhidmatan sains. Berkumpul ramai2 ni boleh juga bertukar idea terutama dalam peningkatan kualiti perkhidmatan sains dan peluang untuk mendapat latihan dlm dan luar ng. Bajet mana yang ada dan kita tak tahu. Satu slot akan diberi pada Komuniti Peg. Sains untuk bermusyuarat dan menambah ahli semoga ramai yang akan menyokong pertubuhan ini. Kami berbesar hati sekiranya puan dapat menyertai persidangan ini. Mana yang pincang nanti kita bincang dan perbaiki bersama untuk persidangan akan datang.
    Salam dari semua AJK PPSK 2009.
    Sekian, Kak mala.

    ReplyDelete
  3. saya tertarik.semoga ramai penyertaan dapat dikumpul:)

    ReplyDelete