Monday, October 19, 2009

KAJIAN KES : FORUM : CABARAN PEGAWAI SAINS DAHULU, KINI DAN MASA HADAPAN

PENGENALAN

Forum ini, membincangkan keperluan peranan dan cabaran Pegawai Sains dahulu, kini dan masa hadapan. Pada peringkat awal dahulu, Pegawai Sains bertugas mengikut bidang yang dipelajari untuk mengoperasi perkhidmatan sains di makmal yang ditentukan dan lebih mengkhusus. Namun kini, tugas berkenaan semakin berkembang dan memerlukan kepakaran bukan sahaja dalam bidang kemahirannya malah bidang lain seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, aplikasi teknologi terkini dan perkembangan teknologi maklumat. Disamping keperluan mengurus makmal yang berkualiti agar produk atau khidmat yang dihasilkan diterima dan memenuhi tuntutan semasa pelanggan.

Selain membincangkan pengalaman, forum ini diharapkan dapat memberi idea dan inspirasi bagi mengatasi cabaran akan datang. Forum ini juga, dijadikan platform untuk mengupas peranan Pegawai Sains di dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti di sesebuah organisasi selaras dengan misi dan visi jabatan seterusnya menyumbang kepada merealisasikan Wawasan 2020.


SUBTOPIK PERBINCANGAN

1. Keperluan mengwujudkan jawatan Pegawai Sains dan cabaran kepelbagaian keperluan dan kehendak semasa.
2. Keperluan kemahiran teknikal dan cabaran memenuhi keperluan pengetahuan dan kemahiran teknikal terkini mengikut peredaran masa dan kecanggihan alat.
3. Keperluan pengurusan makmal dan cabaran mengoperasi, menyelenggara dan teknologi terkini Sumber alat, rekabentuk operasi, Naiktaraf makmal, inovasi dan peningkatan produktiviti.
4. Keperluan pengurusan sumber manusia dan cabaran mengurus konflik dan menerapkan budaya kerja berkualiti.
5. Keperluan pengurusan perkhidmatan sains dan Cabaran operasi perkhidmatan memenuhi kehendak pelanggan.
6. Keperluan pengurusan kualiti dan Cabaran pemahaman dan penerapan budaya kualiti.
7. Keperluan pengurusan kewangan dan cabaran merancang, menyelaras, memantau, melaksanakan dan mengawalselia peruntukan.
8. Keperluan plan pembangunan sains terkehadapan dan cabaran memenuhi keperluan pelan cadangan fasiliti, infrastruktur dan aset.
9. Keperluan tugas Pegawai Sains merentas bidang dan ‘multitasking’ serta Cabaran dalam peningkatan dan percambahan ilmu pengetahuan disamping membentuk rangkaian komunikasi

AHLI PANEL:
Moderator: Prof. Dr. Musa Ahmad
Dekan Fakulti Sains & Teknologi
UKM

1. YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Md. Ikram Mohd Said
Fakulti Sains dan Teknologi
UKM

2. Puan Rosnah Awang
Pengarah
Bahagian Pembangunan & Maklumat Teknologi,
Jabatan Kimia Malaysia

3. Professor Dr. Azlina Bt Kamaruddin
Secretary
(Science Advisor Office)
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi