Hari kedua bermula dengan lancar dan semua peserta memberikan penumpuan dan aktif turut serta dalam sesi perbincangan yang dianjurkan.
Pihak penganjur juga telah menyerahkan slot pada petang hari ini kepada pihak Kongres Pegawai Sains Kebangsaan(KPSM).
Slot petang ini diberikan kepada KPSM bagi membantu KPSM agar dapat mengatur dan merancang perjalanan persatuan yang akan ditubuhkan.
Di akhir slot pada petang ini, semua wakil dapat menghasilkan resolusi masing-masing untuk dipanjangkan kepada pihak atasan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak KPSM yang turut serta dalam persidangan ini.
Hari Ketiga bermula dengan Forum yang membincangkan hala tuju dan cabaran di dalam kerjaya Perkhidmatan Sains.
Ahli Panel forum didatangkan dari pelbagai latar belakang agar dapat membantu dikalangan peserta melihat kerjaya perkhidmatan sains dari perspektif yang berbeza-beza.
Majlis penutup persidangan telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan FST UKM mewakili Dekan FST UKM dalam keadaan sederhana dan bermakna.
Diakhir persidangan, pihak penganjur sempat bergambar mesra bersama-sama para peserta persidangan. Para peserta nampak berpuas hati dan bersemangat sewaktu meninggalkan tempat persidangan(mungkin sebab kekenyangan, isi kandungan persidangan atau kedua-duanya sekali).
Akhir kalam, kami dari pihak penganjur amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam memajukan persidangan yang julung-julung kali diadakan, namun yang paling penting adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan bagi terus memperjuangkan hak dan kebersamaan kerjaya Perkhidmatan Sains.
Salam Maaf dan mesra dari kami, sehingga bnerjumpa lagi di persidangan yang seterusnya.
Ikhlas dari,
Ahli Jawatankuasa Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan 2009.
Saturday, December 5, 2009
Tuesday, December 1, 2009
PERSIDANGAN PEGAWAI SAINS KEBANGSAAN
Pada hari pertama persidangan:
- Seramai 138 orang peserta persidangan telah mendaftar.
- Ucaptama telah disampaikan oleh Prof. Dr. Rahmah Mohammad berkaitan niche-niche penyelidikan di UKM.
- Kajian Kes 1 telah berjaya disampaikan oleh Y.M Raja Noor Zaedah Raja Ahmad, Timbalan Pengarah Kanan Unit Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Kajian Kes 2 telah disampaikan oleh Pn.Norlia Musa, Pakar Runding Utama, SIRIM Malaysia.
- Majlis makan malam telah bermula pada jam 8.30malam dan berakhir pada 10.00 malam. Majlis makan malam dijayakan dengan penglibatan dari para peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)